Saturday 25 June 2011

Puisi terakhir Soe Hok Gie

Ada orang yang menghabiskan waktunya berziarah ke mekkah,
Aada orang yang menghabiskan waktunya berjudi di wiraza,
Ttapi aku ingin menghabiskan waktu ku disisi mu sayang ku….
Bicara tentang anjing-anjing kita yang nakal dan lucu
Atau tentang bunga-bunga yang manis di lembah mandala wangi

Ada serdadu-serdadu Amerika yang mati kena bom di danang
Ada bayi-bayi yang lapar di Biafra
Tapi aku ingin mati disisi mu manisku

Setelah kita bosan hidup dan terus bertanya-tanya
Tentang tujuan hidup yang tidak satu setan pun tahu
Mari sini sayangngku
Kalian yang pernah mesra Yang pernah baik dan simpati padaku
Tegaklah ke langit luas Atau awan yang menang

Kita tak pernah menanamkan apa-apa
Kita takkan pernah kehilangan apa-apa

Nasib terbaik adalah tidak pernah dilahir
Yang kedua dilahirkan tapi mati muda
Dan yang tersial adalah berumur tua

Berbahagialah mereka yang mati muda
Mahluk kecil kembalilah dari tiada ke tiada
Berbahagialah dalam ketiadaanmu

aku ini rumput

Aku ini rumput,
Kau pijak aku,
Aku patah, sakit, 
dan aku layu,
Kau berdiri di atas aku,
Aku patah, 
sakit dan aku layu,
Aku ini rumput,
Aku tidak mungkin mati.


http://berjalandisini.blogspot.com/

hehe ini aku ambil dari blog atas ni. dia orang pertama sampai :D

jadi siapa-siapa yang nak menyumbang sajak, boleh pergi dekat link sebelah kanan ni. nanti saya akan post macam format di atas.

jumpa lagi! =)

Friday 24 June 2011

impian

malam likat.

saat aku duduk menunggu di terminal kehidupan.

"ting-tung"

"stesen seterusnya, 2010. kereta api akan tiba di platform rahmat. sila berada di garisan hukum Tuhan"

dan kami berkejar-kejar menaiki gerabak impian.

ada yang jatuh rebah tersungkur hilang.

aku?

mujur saja aku sempat masuk.

ya, benar-benar mujur.terima kasih Tuhan.

"ting-tung"

*pintu ditutup*

"Tuhan, moga aku tidak salah arah"

"adik, tumpang tanya, gerabak ini menuju ke mana?"

"syurga"

aku lelah syukur.

dan di depan ada cahaya terang.

---

"1. In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.

2. Praise be to God, the Cherisher and Sustainer of the world;

3. Most Gracious, Most Merciful;

4. Master of the Day of Judgment.

5. Thee do we worship, and Thine aid we seek.

6. Show us the straight way,

7. The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray."

(The Noble Quran, 1:1-7)

---

nick, friday, 1st January 2010

nick, sunday, 26th June 2011. (updated ver.)

ini aku selongkar yang lama-lama dahulu pernah aku simpan. yang terbaru nanti bila-bila aku letakkan. iA. kenapa aku letak yang ini? kerana aku rasa ianya evergreen, segar sepanjang masa :)

Thursday 23 June 2011

awal-awal

dahulunya abah aku pernah menyebut, bila mana aku bersedih, hatinya bersedih lebih lagi. sesungguhnya perasaan setiap manusia tidak akan pernah sama. mungkin kerana kita melihat dari sudut sisi yang berbeda. mungkin kerana darjat pemikiran kita tidak setaraf paras duduknya. atau mungkin hati kita sendiri memang tidak selari laluan jalannya, dan semakin menjauh bila kita semakin membesar menginjak meninggalkan usia lama.

luapan puisi ini bukan sekadar perkongsian rasa tuan rumah sahaja. ianya milik semua, kerana hati kita tidak sama temanku. aku tidak pernah akan memahami rasamu dan kamu juga begitu. lalu rumah ini aku bina untuk kita kongsi rasa bahagia, suka, duka, sedih, gembira,  mengikut apa rasa di hatimu.

mana tahu ada penyedih di luar sana bergembira dengan katamu. mana tahu orang riang di sudut dunia lain merasa ingin menghargai saat bahagianya dengan sebenar-benar erti menghargai kerana rasa sengsara yang kamu ceritakan.

tiada siapa tahu, Tuhan tahu.

Selamat datang, teman segalur keturunan Adamku. selamat datang.