Thursday 23 June 2011

awal-awal

dahulunya abah aku pernah menyebut, bila mana aku bersedih, hatinya bersedih lebih lagi. sesungguhnya perasaan setiap manusia tidak akan pernah sama. mungkin kerana kita melihat dari sudut sisi yang berbeda. mungkin kerana darjat pemikiran kita tidak setaraf paras duduknya. atau mungkin hati kita sendiri memang tidak selari laluan jalannya, dan semakin menjauh bila kita semakin membesar menginjak meninggalkan usia lama.

luapan puisi ini bukan sekadar perkongsian rasa tuan rumah sahaja. ianya milik semua, kerana hati kita tidak sama temanku. aku tidak pernah akan memahami rasamu dan kamu juga begitu. lalu rumah ini aku bina untuk kita kongsi rasa bahagia, suka, duka, sedih, gembira,  mengikut apa rasa di hatimu.

mana tahu ada penyedih di luar sana bergembira dengan katamu. mana tahu orang riang di sudut dunia lain merasa ingin menghargai saat bahagianya dengan sebenar-benar erti menghargai kerana rasa sengsara yang kamu ceritakan.

tiada siapa tahu, Tuhan tahu.

Selamat datang, teman segalur keturunan Adamku. selamat datang.

No comments: